Live And Let Die

tak perlu bangga diri kerana kita insan yang kerdil disisiNYA...

Saban tahun umur kita makin meningkat, Dan tahun ni dah bertambah lagi umur aku. Ada orang kata, apa ada pada umur? Hanya angka semata-mata tapi pada aku umur itulah yang menunjukkan sejauh mana kita telah menempuh hidup kita. Apa yang telah terjadi adalah memori bagi hidup kita, sedang terjadi adalah kenyataan yang kita harus lalui, akan terjadi hanya ALLAH yang maha mengetahui. Yang pasti kita mestilah berpijak dibumi yang nyata. Sedihkan apabila niat baik kita dipermainkan oleh orang, bukan itu sahaja, baru-baru ni aku terasa seperti dipermainkan. Hmmm...nak buat macam mana, dah ketentuan Ilahi, semoga orang tu akan sedar yang hidup ni hanya satu persinggahan. Itulah hadiah yang aku dapat sempena hari kelahiran aku. Tapi tak mengapa, sekarang aku bahagia disamping isteri dan keluarga serta rakan-rakan yang sentiasa menyokong aku. Pada yang berkenaan, udoh2 le mike memainkan perasaan teman, idok le teman kesah ngan ape yang mike ade. 

0 ulasan:

Catat Ulasan