Live And Let Die

tak perlu bangga diri kerana kita insan yang kerdil disisiNYA...

Dah lama gak aku x mencoret kt sini, makin bersawang blog ni...maklumlah mmg sibuk sejak keje d tempat baru ni. Hari ni adalah hari kedua terakhir persekolahan sebelum cuti akhir tahun bermula, well salah satu tugas aku tahun ni adalah sebagai guru kelas 6 Amanah di sekolah ni. Dah hujung2 ni berat pulak rasa hati nk lepaskan diorang ni pergi, bukan apa... they are too good to me. Masing2 ade karekter masing2. 
Bermacam pengalaman telah kami lalui, aku menjadi guru kelas mereka sejak mereka tahun 5 lagi, bermacam kisah suka dan duka telah kami lalui...sebab itulah aku berasa amat berat untuk melepaskan mereka pergi. Tapi aku ni hanya guru kelas...mereka akan ke sekolah menengah pada tahun hadapan. walaupun berat terpaksa aku lepaskan juga. Harapan aku agar mereka semua berjaya di dunia dan akhirat. Kepada anak-anak muridku... kalian tetap saya sayangi...


0 ulasan:

Catat Komen